Amerika Utara Krisis_ekonomi_2008

Kanada

Pada bulan Mei 2008, KDNK Kanada dilaporkan susut 0.1% akibat kemerosotan industri perlombongan, minyak dan gasnya sebanyak 1.2% serta kejatuhan penghasilan kereta sebanyak 3.6%. Keluaran pembinaan di Kanada jatuh 0.4%, utiliti jatuh 1.3%, dan hasil pertanian pula menyusut 0.9%.[12] Pada suku pertama tahun 2008, ekonomi Canada merudum 0.3%, lalu Bank Kanada menyatakan bahawa pertumbuhan suku kedua mungkin kurang 0.8% dari jangkaan sebelum ini.[13] Kanada seterusnya mengkaji semula prestasi KDNK suku pertamanya yang menunjukkan penyusutan 0.8% dan menyatakan prestasi KDNK suku kedua meningkat 0.3% sahaja.[14]

Amerika Syarikat

Bilangan harta perumahan AS yang menghadapi rampasan balik mengikut suku tahun

Amerika Syarikat memasuki tahun 2008 ketika mengalami pembetulan pasaran perumahan, krisis gadai janji subprima dan kemerosotan nilai dolar.[15] Pada bulan Februari, 63,000 orang hilang pekerjaan dalam kejadian pengangguran terbesar sejak lima tahun.[16] Pada bulan September, 159,000 orang lagi hilang pekerjaan, maka purata hilang kerja bulanan dari Januari hingga September 2008 mencecah 84,000 orang sebulan.[17]

Perubahan kadar rizab persekutuan (Tahun terkini sahaja)
TarikhKadar diskaunKadar diskaunKadar diskaunDana persekutuanKadar dana persekutuan
PrimerSekunder
perubahan kadarkadar faedah barukadar faedah baruperubahan kadarkadar faedah baru
Apr 30, 2008-.25%2.25%2.75%-.25%2.00%
Mar 18, 2008-.75%2.50%3.00%-.75%2.25%
Mar 16, 2008-.25%3.25%3.75%
Jan 30, 2008-.50%3.50%4.00%-.50%3.00%
Jan 22, 2008-.75%4.00%4.50%-.75%3.50%

Rujuk carta terperinci kadar diskaun persekutuan Amerika Syarikat:

Kemelesetan

Pada awal tahun 2008, ramai pemerhati percaya bahawa kemelesetan sudah melanda Amerika Syarikat.[18][19][20] Sebagai kesan langsung keruntuhan syarikat kewangan Bear Stearns, Global Insight menaikkan kebarangkalian kemelesetan yang semakin teruk ke paras 40% (berbanding 25% sebelum syarikat itu jatuh). Lebih-lebih lagi, pergolakan pasaran kewangan menandakan krisis ini pastinya bukan ringan mahupun singkat.

Pada bulan Mac 2008, bekas Pengerusi Rizab Persekutuan Alan Greenspan berkata bahawa krisis kewangan di AS mungkin dilihat sebagai yang paling teruk semenjak berakhirnya Perang Dunia II.[21]

Menurut perangkaan yang dikeluarkan Biro Analisa Ekonomi pada bulan Mei 2008, pertumbuhan KDNK dua suku tahun sebelumnya adalah positif. Memandangkan salah satu petanda kemelesetan yang ketara ialah pertumbuhan ekonomi negatif selama sekurang-kurangnya dua suku fiskal, sesetengah penganalisa percaya ini menandakan ekonomi AS belum dilanda kegawatan ketika itu.[22] Namun, jangkaan ini diragui beberapa penganalisa yang mendakwa sekiranya inflasi diambil kira, maka pertumbuhan KDNK menjadi negatif selama dua suku itu, maka jadinya kemelesetan teknikal.[23] Dalam satu laporan keluaran 9 Mei 2008, ketua ahli ekonomi Amerika Utara untuk bank pembangunan Merrill Lynch menulis, walaupun dilaporkan pertumbuhan KDNK untuk suku pertama 2008, namun "masih boleh dipercayai bahawa kemelesetan sudah melanda antara bulan September dan Januari", atas sebab keempat-empat petunjuk kemelesetan Biro Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan memuncak dalam jangka masa tersebut.[24]

Pengarah belanjawan negeri New York membuat kesimpulan bahawa negerinya secara rasminya sudah dilanda kemelesetan. Gabenor David Paterson menyeru sesi ekonomi kecemasan perundangan negeri diadakan pada 19 Ogos untuk menggesa potongan bajet $600 juta di samping pembekuan penyewaan dan penurunan perbelanjaan agensi negeri sebanyak 7% yang sudah dilaksanakan Gabenor.[25] Satu laporan yang dikeluarkan ahli-ahli ekonomi firma Wachovia pada 1 Ogos berkata, negeri Florida secara rasminya dilanda kemelesetan.[26]

Pengarah belanjawan Rumah Putih Jim Nussle berkata AS mengelak kemelesetan berikutan perangkaan KDNK yang dikaji semula oleh Jabatan Perdagangan menunjukkan penyusutan 0.2% dalam suku keempat tahun 2007 berbanding kenaikan 0.6%, dan pembetulan ke 0.9% dari 1% pada suku pertama 2008. KDNK suku kedua pula berada pada paras 1.9% di bawah jangkaan 2% sebelum ini.[27] Martin Feldstein yang mengetuai Biro Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan sehingga bulan Jun dan bertugas di panel pentarikhan kemelesetan, berkata beliau percaya AS sudah agak lama mengalami kemelesetan dan Rizab Persekutuan tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah keadaan.[28]

Rujukan

WikiPedia: Krisis_ekonomi_2008 http://www.bizjournals.com/albany/stories/2008/07/... http://globaleconomicanalysis.blogspot.com/2008/05... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601082&si... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601087&si... http://www.businessweek.com/ap/financialnews/D8UUM... http://www.businessweek.com/ap/financialnews/D929J... http://research.cibcwm.com/economic_public/downloa... http://www.euractiv.com/en/euro/eu-slashes-growth-... http://www.expressindia.com/latest-news/Financial-... http://www.forbes.com/businessinthebeltway/2008/04...